Cover image via
@hafiypalingmelayu (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan lagi jika anda tinggal bersama dengan mereka. Memang banyak perkara yang terjadi kan? Ada yang sampai sekarang masih tidak boleh dilupakan.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki diprank rakan-rakannya ketika tidur telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu seorang lelaki sedang lena tidur di atas katilnya. Tetapi, rakan-rakannya sengaja mengusiknya dengan menyuruh dia bangun dan menjawab panggilan telefon.
Apa yang lebih melucukan adalah rakannya itu memberikan dia kalkulator dan dia sama sekali tidak perasan kerana merasa mamai.
Malah, dia siap menjawab dan bertanyakan “siapa ni?” berulang kali sehingga rakan-rakannya menyuruh dia melihat nombor tersebut.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat rakannya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 804.7K views, 118.4K likes dan 1,451 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: