Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak kecil sudah pasti akan menceriakan dan memeriahkan suasana di rumah
Namun begitu, mereka juga kadangkala bertindak nakal sehinggakan bergaduh dengan adik-beradik. Situasi itu sudah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa di rumah. Ibu bapa juga pastinya merasa geram bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki menangis ketakutan di depan abang polis menarik perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
elok duk gaduh 2beradik polis singgah bli lockhing depan rumahsaja ngusikabam polis pon sporting layan
bunyi asal – nurulnoraskin29 – nurulnoraskin29
Sengaja takutkan budak lelaki nak bawa pergi balai
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki dan polis sedang berada di depan rumah.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila seorang budak lelaki itu dilihat ketakutan dan menangis di depan polis. Perkara itu disebabkan ibunya dilihat menipu anaknya seolah-olah dia yang menelefon polis untuk tangkap budak lelaki itu.
Budak lelaki itu berjanji dengan abang polis yang dia tidak akan bergaduh lagi. Perkara itu undang tawa apabila abang polis juga sporting melayan.
Image via @noraskin1990 (TikTok)
“Kita dari kecil ditakutkan dengan abang polis, sampai tua nampak polis pun dup dap dup dap, padahal orang tu lalu je” – Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu. Malah, ramai yang berkongsi pengalaman mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 914K tontonan, 74K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @noraskin1990 (TikTok)
Image via @noraskin1990 (TikTok)
Image via @noraskin1990 (TikTok)
Image via @noraskin1990 (TikTok)
Kebetulan abang polis ada depan rumah, memang kenalah dengan mak dia! 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik