Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Wanita yang digelar ibu merupakan insan terhebat wujud dalam dunia
Selain sang ayah yang bertungkus-lumus mencari nafkah buat keluarga, pengorbanan ibu juga tiada tandingannya. Dari masa dikandung dalam badannya selama 9 bulan sehinggalah menjadi sekarang.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang mengisahkan perkongsian seorang gadis tentang ibunya yang mempunyai masalah penglihatan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
It is hard to live in with curious and self-assuming citizens on someone’s life. #foryou #fyp #mylife
Ceritakan pengalaman ibunya yang bekerja sebagai penjual tisu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syamimia_ di laman TikToknya, dia berceritakan tentang betapa hebat ibunya.
Namun begitu, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh mereka sekeluarga. Bukan mudah untuk seorang ibu yang mempunyai masalah penglihatan untuk mencari rezeki dan menjaga anak-anaknya dengan sebaik mungkin.
“Keluarga saya tidak sempurna, tapi cukup luar biasa. Dibesarkan oleh seorang ibu yang cacat penglihatan. Bagi saya, umi merupakan wanita yang cukup sempurna. Dia berniaga tisu pada waktu malam di kawasan Kuala Lumpur.”
“Kadang-kadang ada wartawan yang mengambil gambarnya sesuka hati dan menggelarnya sebagai pengemis pada tahun 2000. Saya pernah teman umi meniaga tisu ketika cuti PMR.”
“Cara umi bekerja, dia tidak pernah paksa orang beli tisunya, apa yang dikatakan hanyalah cik derma ikhlas.”
Gadis itu menjelaskan kepada ibunya suatu ketika dulu yang satu hari nanti dia akan menjelaskan perkara sebenar supaya tiada yang buruk sangka dan bersifat sombong dengan golongan ini.
Namun, ibunya kini telah meninggal dunia kerana menghidap kanser Ovari tahap empat.
Image via @syamimia_ (TikTok)
Image via @syamimia_ (TikTok)
“Allahuakbar menangis dengar, you’re so inspiring. So proud of you!” – Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa sebak mendengar penceritaan yang dikongsikan gadis itu. Malah, ramai yang terinspirasi dengan kisah keluarga gadis itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.5M tontonan, 226K tanda suka dan 6K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @syamimia_ (TikTok)
Image via @syamimia_ (TikTok)
Image via @syamimia_ (TikTok)
Image via @syamimia_ (TikTok)
Image via @syamimia_ (TikTok)
Image via @syamimia_ (TikTok)
Mengalir air mata, semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar kepada semua! 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik