HomeEntertainment Penat Sampai Tak Larat, Isteri Cabar Suami Jadi 'Ibu Mengandung' Guna...

[VIDEO] Penat Sampai Tak Larat, Isteri Cabar Suami Jadi ‘Ibu Mengandung’ Guna Tembikai

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjadi ibu bukanlah satu perkara yang mudah, tambahan lagi ketika sedang mengandungkan si kecil

Hanya mereka yang bergelar ibu saja faham, betapa penat dan beratnya nak membawa perut mereka. Sebab itulah kita perlu menghargai pengorbanan ibu dan isteri kita.

Lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita mencabar suaminya untuk merasa menjadi ibu mengandung telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@amyyusuff baru dia tahuuuni baru sekejap.. sikit je.. belum lagi kaki cramp lenguh semua, 9 bulan, suami please sayangi isteri anda #watermelonpregnancy #bumil #fyp #pregnancy #hamil #watermelonchallenge #watermelonpregnancychallenge #malaysia Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Mengaku penat dan susah jadi ibu mengandung

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang isteri mencabar suaminya untuk menjadi ibu mengandung bagi merasai kesusahannya sendiri.

Lelaki itu kemudian dilihat dipakaikan tembikai pada perutnya sambil dibantu oleh anak-anaknya. Sebaik saja memakainya, si isteri terus menyuruh suaminya melakukan perkara-perkara yang selalu dilakukannya seperti duduk dan bangun, memakai stokin dan baring.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah lelaki itu dilihat penat dan berpeluh sebaik saja melakukannya. Malah, dia mengaku memang susah untuk melakukan pelbagai benda ketika sedang mengandung.

Image via @amyyusuff (TikTok)

“Kami bawa 9 bulan bang, dengan berat badan naik 20kg time pregnancy” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi dan berkongsi pengalaman mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 373.9K views, 17.9K likes dan 392 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @amyyusuff (TikTok)

Image via @amyyusuff (TikTok)

Image via @amyyusuff (TikTok)

Image via @amyyusuff (TikTok)

Image via @amyyusuff (TikTok)

Image via @amyyusuff (TikTok)

Respect ibu-ibu mengandung! Anda semua memang hebat 😀

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News