HomeEntertainment Pemuda Syok Buat Burger Cheese, Sekali 'Kuali Terbang' Pula Curi Tumpuan

[VIDEO] Pemuda Syok Buat Burger Cheese, Sekali ‘Kuali Terbang’ Pula Curi Tumpuan

Cover image via @takg00dl00king (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bukan setakat mempunyai pelbagai menu, kadangkala burger tepi jalan juga lebih sedap jika dibandingkan dengan restoran makanan segera. Ditambah baik pula dengan menu yang unik antaranya kepelbagaian sos, jenis keju dan lain-lain. Memang sedap!

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang pemuda membuat burger cheese tetapi kualinya terpelanting telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang menyiapkan pesanan burger daripada pelanggan.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila dia ingin meletakkan cheese ke dalam burger, dia dilihat mengangkat pan kuali terlalu tinggi sehingga terkena kipas. Kuali tersebut dilihat terus terbang dan terpelanting jauh.

Lebih melucukan lagi adalah apabila dia yang terkejut terus menari seperti orang berzapin itu mengundang dekah. Rupa-rupanya, pan kualinya terpelanting ke atas bumbung gerai mereka.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@takg00dl00king

Reply to @nr_ihsan okay nah untuk san

bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.3M tontonan, 327K tanda suka dan 3K komen, rata-rata netizen turut terkejut dan terhibur melihat insiden itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

More stories to read:

Must Read

Related News