[VIDEO] Pemuda Cuba Tiru Suara Iklan TV Legend Di Voice Note Ini Buat Ramai Gelak Sakan

0
229
Cover image via
@hasriansyahhh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, iklan-iklan tersebut tidak mendapat perhatian daripada sesetengah penonton kerana ia dianggap tidak penting jika dibandingkan dengan drama di TV.

Namun, berbeza pula dengan seorang pemuda ini apabila dia menghafal setiap dialog dan intonasi iklan-iklan legend dulu telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hasriansyahhh, kelihatan pemuda itu menghantar voice note iklan-iklan televisyen zaman dulu dalam group WhatsApp bersama kawan-kawannya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia bukan saja menghafal setiap dialog iklan-iklan legend tersebut, malah intonasinya juga seakan sama seperti suara asal iklan itu.

Lihat video sambungan itu di bawah:

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.2M views, 129.7K likes dan 2.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan berpendapat suara pemuda itu sama seperti iklan asal.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: