Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan pula jika tersangkut dalam sekatan jalan raya, elok-elok kita yakin tidak membuat sebarang kesalahan, tiba-tiba jadi cuak pula.
Namun, berbeza pula dengan seorang pemuda ini apabila dia bersikap prihatin menghulurkan air kepada pegawai polis trafik yang sedang bertugas di tengah panas telah mendapat pujian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nyck470, kelihatan sekumpulan pemuda itu memberhentikan kereta mereka di tepi jalan apabila ternampak seorang pegawai polis trafik yang sedang bertugas menjaga speed trap.
Apa yang membuatkan ramai kagum adalah apabila salah seorang daripada mereka bertindak turun dari kereta sambil memegang sebungkus air minuman untuk diberikan kepada polis tersebut.
Polis itu yang sedang fokus menjalankan tugasnya menghalakan speed trap kepada pesalah jalan raya dilihat sedikit terkejut dan sempat menundukkan kepalanya tanda berterima kasih atas keprihatinan pemuda berkenaan.
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 1M views, 88.9K likes dan 2.1K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memuji tindakan baik pemuda itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: