[VIDEO] Pelajar Gementar Masa Amik Skrol Konvo, Canselor Siap Ajak ‘Berborak’ Atas Pentas

0
265
Cover image via
@cikfa10 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Namun, disebabkan peningkatan kes Covid-19, ada universiti yang terpaksa menangguhkan majlis konvokesyen kerana memikirkan kebaikan bersama.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini memaparkan seorang pemuda ‘berborak’ lama di atas pentas bersama canselornya ketika majlis konvokesyen telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@cikfa10 Convo date cantik 22-02-2022 tahniah waqiiii dah konvo….#fypdongggggggg original sound – Paulo Asis –

Menerusi video daripada @cikfa10, kelihatan seorang lelaki sedang bersiap sedia untuk mengambil skrol di atas pentas.

Namun, sebaik saja sampai untuk mengambilnya, canselor tersebut seperti mengajaknya berbual. Situasi itu membuatkan masanya berada di atas pentas menjadi lama. Selepas beberapa minit, dia akhirnya turun daripada pentas berkenaan.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 198.9K views, 17.2K likes dan 121 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: