[VIDEO] Pasang Sampai 19 Khemah, Kenduri Kahwin Ini Tarik Perhatian Warganet

0
269
Cover image via
@farazulkipli (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Disebabkan itu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengadakan majlis secara besar-besaran dan ada yang menjemput sehingga lebih daripada dua ribu tetamu.

Seperti baru-baru ini, sebuah majlis perkahwinan telah mencuri tumpuan ramai gara-gara tuan rumah memasang sehingga 19 khemah di sepanjang jalan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@farazulkipli Agak2 korang rasa berapa cost wedding ni?? Cer korang comment #kakakmuatakaful #izzgrouptiktok #oscars #kuikhlaskan original sound – Izzy

Menerusi perkongsian video daripada @farazulkipli, kelihatan dia merakam view dari atas majlis kenduri kahwin di kawasan rumahnya itu.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila majlis tersebut dipenuhi dengan 19 barisan khemah di sepanjang jalan.

Sementara itu, ramai yang tertanya-tanya kos keseluruhan majlis kahwin itu kerana sudah pastinya ia melibatkan duit yang banyak.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 1.1M tontonan, 106.6K tanda suka dan 2.8K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut membuat spekulasi masing-masing mengenai 19 khemah itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: