[VIDEO] Nyanyi Lagu Hindustan Di Kenduri Kahwin, Gelagat Wanita Joget Ini Tarik Perhatian

0
285
Cover image via
@nadiafharshah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ada yang menyanyi lagu jiwang, lagu rock dan macam-macam lagi. Paling digemari ramai ialah lagu Bollywood. Kalau dah pasang lagu Hindustan tu, memang semua ‘naik sheikh’.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita menyanyi lagu Hindustan dan seorang lagi dilihat menari sakan telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menyanyi sebuah lagu Hindustan di sebuah majlis kenduri kahwin.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila tiba-tiba ada seorang mak cik muncul di depannya lalu mengajaknya berjoget dan bergoyang. Kedua-dua wanita itu dilihat sakan bergoyang sambil aksi mereka diperhatikan ramai.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 430K tontonan, 268K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua wanita itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read: