Cover image via
@aishah.dodee (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kita tak perlu pun keluar rumah dan bersesak dengan orang kerana pelbagai kemudahan sekarang telah wujud. Jika kita lapar, hanya pesan melalui aplikasi saja dan makanan terus sampai depan pintu.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi rupa tiga jenis nasi goreng yang dipesannya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi pesanan makanannya di salah sebuah kedai yang tidak didedahkan.
Difahamkan dia memesan tiga jenis nasi goreng yang berbeza iaitu nasi goreng cili padi, nasi goreng cina dan nasi goreng kampung.
Tetapi, apa yang membuatkan dia hairan adalah rupa ketiga-tiga nasi goreng itu semua sama dan tiada beza dengan yang sepatutnya. Dia juga meluahkan rasa kesalnya terhadap kedai makanan berkenaan.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka selepas melihat video tersebut. Malah, ada juga yang mengecam tukang masak tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 66.2K views, 3,247 likes dan 422 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: