Cover image via
@wan_rombau (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak kiralah umur berapa pun, kita akan sanggup merias wajah walaupun hanya menepek bedak saja. Iyalah, perempuan dengan rasa ingin cantik memang berpisah tiada. Bukan makeup untuk tatapan orang, tetapi untuk meningkatkan keyakinan diri kita sendiri.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang Tok Wan sedang mengajar cara memakai celak Arab telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @wan_rombau di akaun TikToknya, kelihatan dia sedang merakam tutorial di ruang tamu rumahnya.
Tok Wan gigih menunjukkan tutorial memakai celak Arab, namun semasa dia memakai celak itu pada mata kirinya, dia dilihat tersalah pakai dan menyebabkan matanya menjadi pedih. Dia juga terjerit kecil “Adui, sakit”.
Kali kedua Tok Wan tunjukkan cara yang betul juga didapati gagal kerana dia masih merasa matanya pedih pada akhirnya.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 22 views, 1.2K likes dan 21.K comments di TikTok, rata-rata netizen turut merasa pedih melihat Tok Wan mengajar cara memakai celak. Malah, ramai yang mempertikaikan sebutannya tentang perkataan Arab.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: