Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan saja menjimatkan masa, malah kita tidak perlu bersusah payah mengangkat barangan yang berat-berat masuk ke rumah. Hanya perlu order dan tunggu saja kurier sampai di depan rumah.
Namun, kadangkala ia agak merumitkan jika barangan itu perlu dipasang sendiri. Naik pening juga nak ikut cara-cara yang diberi dalam buku manual.
Sama seperti apa yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang gadis diminta oleh ibunya untuk memasang ampaian yang baru dibeli di Shopee telah mengundang dekah ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @echakuetiau, kelihatan gadis itu memberitahu ibunya meminta pertolongannya untuk memasang ampaian kain yang baru saja dibeli di Shopee.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila hasil selepas dia memasang ampaian itu tidak sama seperti contoh gambar di dalam buku manual.
Kaki ampaian sebelah kanan itu dilihat bengkok ke luar seolah-olah sedang terkangkang. Malah, ada yang berkata ampaian itu seperti sedang terseliuh sambil membuat simbol peace.
“Takde apa la dia posing untuk kamera je tu,” katanya di kapsyen video tersebut.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 2.2M tontonan, 230.3K tanda suka serta 3.6K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat hasil ampaian itu selepas dipasang.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok: