HomeEntertainment Mak Cik Melaka Ini Viral Lagi, Suruh Tetamu Makan Siap Marah...

[VIDEO] Mak Cik Melaka Ini Viral Lagi, Suruh Tetamu Makan Siap Marah Buat Ramai Terhibur

Cover image via
@otamblurrrrr (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bak kata orang ramai, cara mereka berborak kadangkala macam nak ajak gaduh. Tetapi, sebenarnya itulah cara mereka mengeratkan hubungan antara keluarga dan jiran tetangga.

Sama juga seperti sebuah video lama yang tular sekali lagi di laman TikTok ini memaparkan gelagat seorang mak cik yang mengajak tetamunya makan telah mengundang perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@otamblurrrrr Kalau dtg gumah mak menah,kau tak mkn,mmg kene bebel lahhhhh #melaka #orangmelaka #fyp original sound – OtamBlurrrrr

Menerusi video yang dimuat naik oleh @otamblurrrrr, kelihatan mak cik yang dikenali sebagai Mak Menah itu sedang menjamu tetamu dan keluarga makan tengah hari di rumahnya.

Dia yang pada mulanya berborak seperti biasa tiba-tiba meninggikan suaranya seperti memarahi si perakam kerana tidak mahu makan.

“Kalau datang rumah Mak Menah, kau tak makan, memang kena bebel lah,” katanya di kapsyen video.

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 2.4M views, 211.1K likes serta 4.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dan cara Mak Menah bergurau dengan keluarganya.

Malah, ada juga yang mengatakan mereka mungkin akan makan hati jika duduk di Melaka kerana tidak biasa dengan gurauan kasar.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News