[VIDEO] Mak Ayah Positif Covid-19, Anak Pandu 8 Jam Nak Jenguk Walaupun Lihat Dari Jauh

0
250
Cover image via
@yunieyiluniey.vibes (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai yang disahkan positif dan diminta untuk menjalani kuarantin di rumah jika anda berada di tahap 1,2 dan 3. Malah, kemasukan di ICU juga semakin meningkat. Situasi ini harus diambil serius dan anda perlu lebih berjaga-jaga.

Berita ini amat menyedihkan, tambahan lagi jika kedua ibu bapa kita sendiri yang terkena dengan wabak berbahaya ini.

Situasi itu sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita meluahkan rasa sedihnya selepas mengetahui ibu bapanya positif Covid-19 telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi perkongsian tersebut, seorang wanita memberitahu hatinya tidak tenang selepas memikirkan tentang ibu dan ayahnya yang positif Covid-19.

Disebabkan terlalu risau memikirkan keadaan mereka di kampung, dia mengambil keputusan untuk menjengah orang tuanya dan memandu selama hampir 8 jam. Dia juga memberitahu ibu bapanya yang dia keluar untuk menghantar barang.

Walaupun tidak boleh berada dekat dengan mereka, tetapi dia merasa lega kerana dapat melihat wajah ibu dan ayahnya. Malah, dia juga sempat memberikan cincin emas dan makanan untuk mereka.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut merasakan kesedihan yang sedang dihadapi wanita itu. Ada juga yang memberikan kata-kata positif buatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.2M views, 105.9K likes dan 2,366 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

More stories to read: