[VIDEO] “Macam Nak Pergi Racing” – Aksi Mak Cik Ini Bawa Kereta Curi Tumpuan Netizen

0
219
Cover image via
@danialbliss (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hal ini supaya kereta yang akan dipandu selesa, mempunyai kepuasan dan pengendalian yang lebih baik. Selalunya, kereta yang telah diubahsuai ini akan nampak lebih cool berbanding kereta biasa yang lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan aksi seorang mak cik memandu sebuah kereta seperti hendak pergi racing telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@danialbliss pov:bila mak kau dah lambat nk gi bazar ramadan #mak #pesanibu #sayangibu bunyi asal – Danial

Menerusi video yang dimuat naik oleh @danialbliss, kelihatan seorang mak cik sedang berada di dalam sebuah kereta. Apabila di tanya mak cik tersebut memberitahu bahawa dia ingin ke kedai untuk membeli barang.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila kereta yang dipandunya itu merupakan sebuah kereta yang telah diubahsuai. Gaya mak cik itu memandu kereta pula memang nampak seperti dia ingin pergi racing.

Susulan tularnya video itu yang kini mendapat sehingga 1.7M tontonan, 203.2K tanda suka dan 3.9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji cara mak cik itu membawa kereta.

Malah, ada juga yang berseloroh takut mak cik itu pergi racing betul-betul pula.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read: