Site icon Malaysia now

[VIDEO] Lupa Baca Doa Qunut Waktu Subuh? Pemuda Ajar Cara Lakukan Sujud Sahwi Dengan Betul

Solat merupakan perbuatan wajib yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam walaupun dalam apa juga keadaan sekalipun

Namun tidak dapat dinafikan, untuk kusyuk dalam solat itu sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah melainkan kita betul-betul fokus dalam segala tertib dan bacaan yang ada dalam solat.

Image via Detik News

Tetapi apabila terdapat banyak benda yang bermain di fikiran, akan jadi susah untuk kusyuk dalam solat. Sampai solat pun jadi tunggang-langgang. Kadang-kadang baru masuk rakaat kedua, fikiran pun mula mengelamun sampai terlupa apa yang dibaca.

Sekiranya situasi seperti ini berlaku, apa yang perlu dilakukan adalah membuat sujud Sahwi. Kalau nak tahu sujud Sahwi ini dilakukan di penghujung solat untuk menjadi penutup kepada kesalahan dalam ibadat solat.

Baru-baru ini seorang pemuda telah membuat satu perkongsian di laman Instagram berkenaan cara melakukan sujud Sahwi

Melalui video yang dimuat naik Furqan Fawwaz, dia menunjukkan cara membuat sujud Sahwi dengan melakonkan semula situasi solat Subuh sekiranya terlepas membaca doa Qunut.

Furqan telah menunjukkan cara dan bacaan yang harus dibaca di dalam sujud tersebut.

View this post on Instagram

Antara sebab lain yang perlu melakukan sujud sahwi selain terlupa Qunut ialah: . Terlupa membuat tahiyyat awal pada rakaat kedua dan juga terlupa bilangan rakaat atau tertambah bilangan rakaat maka perlu buat sujud sahwi sesudah membaca bacaan tahiyyat akhir sebelum bagi salam. . Cuma jika sekiranya terlupa juga membuat sujud sahwi tiada masaalah solat masih sah kerana kita cuma meninggalkan perkara sunat, akan tetapi itu adalah sunat ab ‘adh. . Sunat ab’adh ialah sunat yang sangat dituntut jadi kalau boleh elakkan dari terleka dari solat wallahu a’lam. . Tag sahabat anda yang mungkin belum tahu tentang ini #QnAramadhan #sujudsahwi #solatullah #pencintaquran

A post shared by Pencintaquran (@furqanfawwaz) on May 3, 2020 at 11:00pm PDT

Menerusi video itu, sujud Sahwi perlu dilakukan sebelum memberi salam pada tahiyat akhir. Malah sujud hendaklah dibuat dua kali beserta lafaznya iaitu sebanyak tiga kali berturutan. Kemudian, duduk semula dalam posisi tahiyat akhir dan beri salam seperti biasa tanpa mengulang bacaan lagi.

Image via Instagram @furqanfawwaz

Seperti yang dikatakan sebelum ini, sujud Sahwi bukanlah hanya dilakukan sekiranya terlepas membaca doa Qunut ketika waktu solat Subuh tetapi juga dalam situasi lain misalnya jika seseorang itu terlepas melakukan tahiyat awal ataupun berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat dalam solat.

Meskipun begitu, memetik informasi daripada portal Mufti Wilayah Persekutuan, tidak menjadi sebarang masalah sekiranya masih terlupa untuk membuat sujud Sahwi kerana hukumnya adalah sunat

Bahkan tidak melakukan sujud Sahwi tidaklah membatalkan solat. Ini kerana, sujud Sahwi hukumnya adalah sunat dan seseorang itu dilihat hanya meninggalkan perkara sunat.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika solat dilakukan seperti yang dituntut dalam syarak.

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita dalam memperbaiki solat serta ibadah kita. Selamat menjalani ibadah puasa.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini cara membuat solat sunat tarawih di rumah mengikut JAKIM:

Lagi perkongsian menarik di SAYS Seismik:

Exit mobile version