@ayiematpiah (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan lagi, pada musim perayaan ini apabila dijamu makanan, pasti akan ada yang menolak dengan alasan nak diet. Iyalah kan, setiap wanita ingin mencapai target berat badan yang mereka idamkan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang pemuda yang membebel mengenai masalah wanita nak kurus telah mendapat tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ayiematpiah, kelihatan dia sedang membebel mengenai masalah wanita di dalam keretanya.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila bebelannya itu menyentuh isu sensitif wanita iaitu berkenaan topik kurus.
“Perempuan bila nak kereta, nak motor dapat, tapi kenapa bila nak kurus tu tak kurus?” bebel lelaki tersebut. Dia juga sempat berseloroh dengan berani mengatakan berat badan wanita meningkat sehingga 800kg.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.1M tontonan, 163.4K tanda suka dan 14.4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.
Malah, ada juga yang terhibur mendengar bebelan pemuda itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: