[VIDEO] Lelaki Ini Beli Sarapan Pagi, Sekali Bila Buka Lain Pula Yang Dia Dapat. Alamak!

0
247
Cover image via
@bukanceohanyakuli (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Namun, baru-baru ini berlaku satu kejadian lucu pada seorang lelaki apabila dia mendapati sarapan pagi yang dibelinya tidak seperti yang diharapkan.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Menerusi perkongsian video daripada @bukanceohanyakuli, kelihatan lelaki itu baru saja membeli sarapan paginya sebelum bertolak ke pejabat.

Namun, sebaik saja membuka bungkusan makanan itu, dia terkejut apabila terdapat dua batang timun yang masih belum dipotong di dalamnya.

Manakala, sarapan yang dibelinya tiada di situ. Lebih menghiburkan, lelaki berkenaan memberitahu dia sudah memulangkan semula timun mak cik kedai itu.

Ternyata, rata-rata warganet turut terhibur melihat video itu yang kini sudah mendapat 137.7K views, 3.2K likes dan 197 shares di TikTok.

Malah, ada yang berseloroh dan berpendapat bahawa mungkin mak cik kedai itu menyuruh lelaki berkenaan untuk diet.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

You may be interested in: