Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan pula jika menimang cahaya mata yang pertama, sudah pasti perasaan kita akan bercampur baur sebelum melahirkan anak.
Takut, teruja, risau dan macam-macam lagi yang akan dirasai apabila tempoh bersalin semakin dekat.
Namun, semua perasaan itu adalah normal dan kita pasti akan merasa lega sebaik saja selamat melahirkan anak yang tersayang.
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi beberapa tips bersalin tanpa koyakan kepada para ibu mengandung.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @aininsofieya di laman TikToknya, dia memberikan lima tips bersalin tanpa koyakan atau jahitan berdasarkan pengalamannya sendiri yang sudah tiga kali bersalin secara nomal.
Antara tips yang paling penting adalah jangan angkat punggung semasa proses meneran dan seeloknya tunggu sehingga bukaan sudah 10 centimeter baru mula meneran.
Berikut di bawah adalah susunan lima tips tersebut:
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka semasa bersalin. Malah, ada yang berterima kasih kepada wanita itu kerana telah memberikan tips yang bermanfaat buat bakal-bakal ibu di luar sana.
Ada juga yang gerun apabila melihat video tersebut kerana tidak boleh bayangkan betapa sakitnya proses bersalin itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: