[VIDEO] Lampu Dah Hijau, Gelagat Gadis Pakai Helmet Tak Buka Visor Ini Buat Ramai Panik

0
254
Cover image via
@riderhelmetpink (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hal ini dapat mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku. Oleh sebab itu, memang penting untuk kita memakai tali pinggang keledar atau topi keledar bagi memastikan keselamatan terjaga.

Namun, tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis memakai helmet tanpa membuka visor telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang menunggang motosikal di sebuah jalan raya.

Setibanya dia di lampu isyarat, dia memakai helmet yang baru dibeli. Apa yang menarik perhatian adalah apabila helmet barunya itu masih mempunyai pelekat visor yang belum ditanggalkan lagi.

Dia dilihat mencuba sedaya upaya untuk menanggalkan tetapi lampu isyarat sudah pun bertukar hijau. Dia juga kelihatan sangat tenang semasa menunggang motosikal sambil mencuba untuk membuka visornya.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 14K tontonan, 2K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut panik. Mereka juga memberikan pelbagai reaksi.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: