Cuba bayangkan, anda park kereta ada pada tempat yang sepatutnya kemudian terus keluar untuk selesaikan urusan yang ada. Tapi bila anda kembali ke parking spot, tengok-tengok kereta anda ada kesan telah dilanggar.
Haa..mesti terkejut, kan?
Kebiasaannya apabila berlakunya pelanggaran atau kemalangan, individu yang terlibat perlulah berbincang bagi mendapat jalan penyelesaian. Jika kerosakan yang dialami teruk, segala kos pembaikian kereta atau tuntutan insurans akan diuruskan oleh si pelanggar.
Gambar adalah sekadar hiasan.
Image via Facebook AA Insurance
Tetapi bagaimana pula jika kereta yang dilanggar itu berada di kawasan parkir? Sudah tentu tuan punya kereta tidak berada di tempat kejadian. Rasionalnya si pelanggar perlu meninggalkan nota kecil yang ditulis permohonan maaf serta nombor telefon untuk urusan tuntutan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun lain pula ceritanya dengan insiden yang berlaku dalam satu video yang telah tular di laman sosial baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, sebuah video memaparkan satu kejadian langgar lari yang berlaku pada seorang individu ternyata telah berjaya membuat netizen terkedu
Dalam video berdurasi 14 saat yang dimuat naik oleh akaun Twitter @rempitlogic itu, dapat dilihat seorang individu sedang menuju ke sebuah kereta mendapati terdapat satu nota telah diletakkan pada windshield kenderaan berkenaan.
Image via Twitter @rempitlogic
Nota yang telah diletakkan bersama dengan dua keping coklat itu sebenarnya adalah nota minta maaf yang ditulis untuk ditujukan kepada individu terbabit gara-gara keretanya telah dilanggar dan coklat itu pula merupakan ‘ganti rugi’ ekoran si pelanggar tidak mampu membayar kerosakan pada kereta tersebut.
Image via Twitter @rempitlogic
Lawaknya, yang membuatkan orang ramai sampai jadi tidak terkata adalah kerana kerosakan yang dialami kereta tersebut bukanlah calar-balar ringan tetapi boleh dikatakan sisi kereta itu kemek teruk, langsung tidak setimpal dengan kos dua keping coklat yang diberikan si pelanggar.
Lihat video penuh di bawah:
— #ʀᴇᴍᴘɪᴛʟᴏɢɪᴄ (@rempitlogic) August 31, 2020
Tinjauan di ruangan reply perkongsian itu mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai respon susulan menonton video tersebut
Ada yang terhibur, ada yang bingung, malah ada juga yang sedih dan marah.
Image via ibb.co
Image via ibb.co
Image via ibb.co
Menariknya, ada juga netizen yang mencadangkan si pelanggar untuk memberi Maggi serta gam, dan bukannya coklat kepada tuan punya kereta.
Image via ibb.co
Buat yang tidak faham pada joke terbabit, ia sebenarnya bermula gara-gara satu trend kononnya mi segera mampu membaiki segala jenis kerosakan seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah:
Ok I’ve really seen it all now. pic.twitter.com/TgS1pHFiNQ
— ً (@rxmchls) May 14, 2019
Apa pula respon korang kalau berdepan dengan situasi ini?
Image via Giphy
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik