[VIDEO] Kapal Terbang Alami ‘Turbulence’, Hajat Penumpang Ini Nak Membuang Tak Tercapai

0
216
Cover image via
@idzaudin_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Secara tidak langsung kita pasti akan bertawakal sambil terbayangkan pelbagai kemungkinan buruk yang bakal terjadi.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah berkongsi mengenai situasi semasa turbulence di dalam kapal terbang yang dinaikinya telah mendapat perhatian warganet.

Lihat video penuh di bawah:

@idzaudin_

Hajat nak membuang tak tercapai

original sound – idzaudin

Kebiasaanya apabila turbulence berlaku, penumpang pasti akan kekal berada di tempat duduk masing-masing dan memakai tali pinggang keledar.

Namun lain pula menerusi video yang dikongsi oleh @idzaudin_, di mana kelihatan gelagat penumpang yang beratur untuk ke tandas semasa turbulence terjadi.

Apa yang mencuit hati warganet adalah, mereka terpaksa duduk di atas lantai kapal terbang dan berpaut pada pintu tandas.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 571.1K tontonan, 20.7K tanda suka dan 886 komen di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman mereka menghadapi situasi tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: