Cover image via
@babyymanual (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Namun, jodoh dan ketentuan itu semua telah ditetapkan oleh Allah untuk kita. Kita hanya perlu yakin dan berdoa padanya. Kadangkala kita tidak sedar pun yang jodoh kita sebenarnya sudah berada lama di depan mata.
Situasi itu sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat suaminya yang juga merupakan kawan baiknya sebelum berkahwin mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video perkongsian daripada @babyymanual, kelihatan dia semasa itu sedang bersiap-siap keluar rumah bersama dengan suaminya sambil membetulkan tudungnya.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila suaminya turut menolong sekali dia membetulkan tudung dengan mengayakan kembali style tudung wanita itu supaya lebih sedikit labuh.
Penampilan tudung wanita tersebut ternyata ‘diperiksa’ oleh suaminya sebelum mereka keluar rumah. Situasi itu membuatkan wanita berkenaan diam dan hanya mengikut kehendak suaminya.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya. Malah, ada yang menganggap dia bertuah kerana mendapat suami yang protective terhadap penampilannya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 680.7K views, 48.4K likes dan 1,218 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: