HomeEntertainment Kahwin Dengan BFF Sendiri, Pasangan Pengantin Ini Sempat 'Bergaduh' Atas Pelamin

[VIDEO] Kahwin Dengan BFF Sendiri, Pasangan Pengantin Ini Sempat ‘Bergaduh’ Atas Pelamin

Cover image via
@4thrhhfdz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah, dengan kawan baiklah kita sering berkongsi masalah dan kadangkala bergaduh disebabkan isu remeh. Namun, siapa kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Baru-baru ini, tular sebuah video gelagat sepasang pengantin baru di TikTok semasa sesi photoshoot telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi perkongsian video daripada @4thrhhfdz, kelihatan pasangan pengantin itu sedang bergambar di atas pelamin selepas selesai akad nikah dan pembatalan air sembahyang.

Apa yang menarik perhatian adalah mereka yang sebelum ini merupakan kawan baik dilihat sedikit kekok apabila jurugambar meminta untuk membuat aksi romantis.

Pengantin perempuan sempat mencekak pinggang dan mengeluh kepada jurugambar kerana disuruh posing sweet-sweet. Malah, pasangan comel itu sempat bergaduh manja semasa mereka menyarungkan cincin di jari masing-masing.

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 391.1K views, 65.1K likes dan 1.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka berdua yang comel.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News