@yc.hka (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kita sebagai anak kadangkala pasti akan merasa rimas dengan bebelan ibu bukan? Namun, percayalah sebenarnya mereka hanya risau dan ambil berat tentang kita.
Seperti video di TikTok baru-baru ini berkenaan seorang ibu tidak berhenti membebel kepada anaknya yang dijangkiti Covid-19 telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @yc.hka, kelihatan seorang gadis yang berkuarantin di dalam bilik sedang sakan menyakat ibunya.
Namun, apa yang melucukan apabila si ibu naik darah dan terus membalas dengan bebelan yang bertubi-tubi. Gadis itu pula tanpa rasa takut membalasnya kembali dengan ketawa terbahak-bahak.
“Buat lagi perangai, jalan sana jalan sini lepas tu menyusahkan orang”, bebel ibunya. Pada akhir video tersebut, si ibu sempat menjeling dan mengugut tidak akan memberikan makanan kepada anaknya itu.
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 608.9K views, 35.0K likes dan 459 comments di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar bebelan mak cik tersebut. Malah, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman kena bebel dengan ibu masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: