HomeEntertainment Isteri Tengah Mood Nak Masak, Suami Terkejut 'Daging Wagyu' Dibuat Masak...

[VIDEO] Isteri Tengah Mood Nak Masak, Suami Terkejut ‘Daging Wagyu’ Dibuat Masak Merah

Cover image via @nuratulekhqal (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mana tidaknya, daging Wagyu memang daging yang sangat lembut dan boleh auto cair dalam mulut bila makan. Kebiasaannya, daging Wagyu akan dijadikan bahan untuk hidangan makanan barat.

Namun, tular baru-baru ini video di TikTok apabila seorang isteri menggunakan daging Wagyu untuk memasak makanan Melayu telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan suami isteri itu sedang berada di kafe milik mereka yang tidak dikenal pasti tempatnya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila si isteri offer untuk masakkan menggunakan bahan yang ada di kafe. Sebaik saja makanan telah siap dimasak, suami terkejut kerana si isteri masak daging merah menggunakan daging Wagyu.

“Wangyu aku jadi masak merah“, kata suaminya.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 260K tontonan, 35K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan kejadian itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in:

Must Read

Related News