[VIDEO] “Ingat Dah Cukup Gangster” – Member Terbaca Ayat Kursi Akibat Takut Dicucuk Jarum

0
386

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti kita sudah terbiasa dengan jarum suntikan sejak kecil lagi bukan?

Memang dari kecil lagi, kita menerima pelbagai vaksin yang disuntik oleh jururawat di hospital. Tidak dinafikan, sesetengah orang mempunyai keberanian untuk dicucuk kerana pada mereka ia tidak begitu sakit.

Namun begitu, terdapat juga sesetengah orang yang takutkan suntikan. Perkara itu telah menjadi kebiasaan. Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter yang memaparkan seorang lelaki yang takut semasa menerima suntikan daripada doktor mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Biar takut jarum jangan takut vaksin pic.twitter.com/AGxenriDdy

— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) June 4, 2021

Baca ayat Kursi sebab takut sangat dengan suntikan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @WahyuYordan di laman Twitternya, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai rakannya sedang menunggu giliran untuk disuntik vaksin.

Dengan videonya yang berkapsyen “biar takut jarum jangan takut vaksin” itu telah mendapat perhatian orang ramai.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila rakannya itu kelihatan sangat takut semasa disuntik, malah lelaki itu memerlukan rakannya yang lain untuk menahan badannya.

Bukan setakat itu, lelaki tersebut juga terbaca ayat Kursi akibat cemas dan takut menerima suntikan daripada doktor.

Image via @WahyuYordan (Twitter)

Image via @WahyuYordan (Twitter)

Image via @WahyuYordan (Twitter)

“Pakai je subang dan acah gangster, sekali keluar ayat Kursi, anti Israel betul ni” – Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan lelaki yang takutkan jarum itu. Malah, ramai yang kagum melihatnya membaca ayat Kursi walaupun berpakaian seperti gangster. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 299K views, 4K retweets, 1K quote tweets dan 4K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: 

saya sebagai kawan yang sejati, saya gelak dulu baru tolong

— aster (@nrllyanaaa) June 6, 2021

Sebenarnya ni true courage. Dia punya phobia and trauma extreme tapi dia still tahan and go with it. “Courage is not the absence of fear, but the triumph over it.”

— Anas Abdul Aziz (@rockyraccoon83) June 6, 2021

Habis lari syaiton2

— hRz (@harizhariri_) June 4, 2021

Yang paling tak tahan dah cabut jarum makin kuat zikirnya.. sampai semua org sekeliling jerit “yo wess.. wess!!” (Meaning dah).. apa2 pon bro ni terbaiklah berani sangat

— peekaboo (@ibahjamal) June 6, 2021

Hahah mostly all my guy friends (tak semua), takut jarum! Yang perempuan ni rilek je sebab banyak kali kena cucuk masa kat sekolah dulu. yang lelaki je la gelabah sikit hahah tapi cute ok muka ganas tapi takut jarum yang kecik tu

— (@mirashafiee) June 6, 2021

Betul le tu. Dia baca ayat Kursi. Nak halau syaiton2 antivaksin yg tengah menghasut.

— Asraf Ahmad (@AsrafAhmad19) June 5, 2021

Wei aku ingatkan aku paling penakut jarum dah sampai menangis doktor ambik darah. Ni lagi dahsyat!

— (@54R411) June 6, 2021

Walaupun bersubang, Rambut pacak, dia Pandai Baca ayat2 Al-Quran

— Bujang (@Bujang49802447) June 7, 2021

I think kat telinga tu fake piercing yang magnet tu. Not the real one, yela bayangkan macam mana pulak the situation masa dia nak tindik subang tu

— Dida (@DidaAsril) June 7, 2021

Tahniah bangYou faced your fear for greater good of mankind. Saya doakan abg sihat selalu

— M (@themhmzh) June 7, 2021

Apa-apa pun, tahniah bang sebab dah selamat dicucuk vaksin! 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: