@jajaafif (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Oleh itu, ibu bapa digalakkan untuk mengajar anak-anak solat seawal usia mereka 7 tahun. Bimbingan yang betul diperlukan supaya mereka dapat berdisplin dalam menunaikan solat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang budak lelaki solat dengan teknik slow motion selepas ditegur ibunya telah menghiburkan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @jajaafif, kelihatan seorang budak lelaki sedang menunaikan solat di sebuah rumah.
Ibu budak lelaki tersebut memberi amaran perlu solat semula jika anaknya itu solat dengan laju. Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila budak lelaki tersebut dilihat solat dengan sangat perlahan seperti slow motion.
Di ruangan kapsyen, ibunya sempat menyatakan bahawa dia dan suaminya tidak dapat menahan ketawa dengan gelagat si anak.
Susulan tularnya video itu yang kini mendapat sehingga 1M tontonan, 146.9K tanda suka dan 4.7K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu solat dengan teknik slow motion.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: