HomeEntertainment "He Say Yes" - Pergi Melamar Sendiri Teman Lelaki, Gadis Ini...

[VIDEO] “He Say Yes” – Pergi Melamar Sendiri Teman Lelaki, Gadis Ini Terima Pujian Ramai

Cover image via
@jiehafezal97 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jarang sekali kita nak lihat perempuan yang melamar lelaki bukan? Tapi, sebenarnya ada yang melakukan sedemikian.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi perjalanannya mahu melamar teman lelakinya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi perjalanannya ketika mahu melamar teman lelakinya.

Difahamkan, dia bercadang mahu melamar kekasihnya itu pada tarikh hari jadinya. Pada awalnya kelihatan teman lelakinya berada di dalam sebuah bilik karaoke bersama dengan rakan yang lain.

Tidak lama kemudian gadis itu datang dan terus menunjukkan cincin di depan teman lelakinya itu. Lelaki itu kemudian membaca surat yang ditulis dan terus mengangguk tanda setuju.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai video tersebut.

Malah, ada yang sebelum ini memikirkan dia adalah lelaki sehingga dia perlu memberitahu yang dia adalah perempuan tulen. Ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 368.3K views, 43.4K likes dan 1,432 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News