@yaudah0921 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hari kelahiran merupakan hari paling istimewa. Oleh itu, bagi membuatkan hari tersebut lebih istimewa, kejutan atau surprise selalu dilakukan.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok memaparkan seorang budak perempuan dikejutkan dengan kek sempena hari kelahirannya telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @yaudah0921 di TikTok, kelihatan seorang budak perempuan melonjak kegembiraan apabila dikejutkan dengan kek sempena hari jadinya.
Namun, kegembiraan itu terputus di tengah jalan apabila budak perempuan itu terlanggar kek tersebut lalu membuatkan kek itu jatuh ke lantai. Habis hancur kek birthday dia.
Apa yang menghiburkan hati netizen adalah reaksi perakam video tersebut yang syok menyanyikan lagu ‘happy birthday’ terus beristighfar setelah kek jatuh.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati melihat nasib budak perempuan tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 7.5M views, 784.8K likes dan 12.2k comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


