[VIDEO] “Hajat Tak Kesampaian” – Suami Ambil Gambar Tanpa Isteri Ini Buat Netizen Sebak

0
301
Cover image via
@fitrinruslee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hal ini kerana pada hari tersebut semua ahli keluarga dapat berkumpul beramai-ramai. Bergambar bersama keluarga pada hari istimewa itu akan dijadikan kenangan sampai bila-bila.

Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini memaparkan sebuah keluarga bergambar di studio telah meraih perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fitrinruslee di TikTok, kelihatan sebuah keluarga sedang bergambar di studio sambil mengenakan pakaian raya.

Apa yang membuatkan netizen sebak adalah apabila seorang lelaki dilihat sedang memegang sebuah bingkai gambar dipercayai isterinya yang telah meninggal dunia akibat kanser dan Covid-19.

Si suami kelihatan begitu sedih dan mengalirkan air mata kerana bergambar bersama keluarga di studio sempena raya merupakan hajat isterinya. Malah, warna pakaian raya yang dikenakan itu juga adalah warna kegemaran si isteri.

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 485.1K views, 64.1K likes dan 2.7K comments di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi si suami yang amat merindui isterinya itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: