Cover image via
@moosa_qubinkomo (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Skydiving ialah sukan terjun dari kapal terbang pada ketinggian yang sederhana atau tinggi. Ia memerlukan anda untuk mengawal arah atau pergerakan sebelum membuka payung terjun.
Oleh sebab itu, kini sudah banyak tempat yang membolehkan anda merasai sendiri pengalaman tersebut tanpa perlu terjun dari tempat yang tinggi. Ada juga banyak tempat yang menyediakan indoor skydiving.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok apabila seorang pelanggan bermain skydiving telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pelanggan sedang bersama dengan seorang pekerja permainan skydiving untuk mencuba aktiviti itu.
Kebiasaannya pekerja di situ akan cuba mengangkat pelanggan ke arah angin yang kuat daripada bawah sehingga pelanggan tersebut boleh terbang seperti berada di udara.
Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah pekerja itu sudah sedaya upaya untuk cuba menerbangkan pelanggannya dengan beberapa kali. Namun, masih tidak berjaya.
Situasi itu membuatkan dia terus berusaha sehingga dilihat terjatuh demi memberikan yang terbaik buat pelanggannya itu.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur selepas melihat situasi tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 8.7M views, 1.3M likes dan 40.2K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: