@faridahabd (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti biasa, pelbagai gelagat dan ragam yang kita dapat lihat dalam media sosial tidak kiralah anak-anak ataupun para ibu bapa.
Tambahan pula jika itu merupakan pertama kali berpisah dengan anak masing-masing, sudah tentu ada adegan ibu bapa menangis betul tak?
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila gelagat mak-mak mengintai anak melalui tembok sekolah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @faridahabd, kelihatan beberapa orang wanita sedang berdiri di luar pagar sekolah sambil mengintai anak masing-masing untuk memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik.
Iyalah, siapa je yang tidak risaukan anak lebih-lebih lagi pada hari pertama persekolahan bukan? Video tersebut dipercayai dirakam di Sekolah Kebangsaan Kampong Sawah, Port Dickson.
Rakaman tersebut ternyata berjaya mencuri perhatian dan membuatkan ramai boleh relate dengan situasi berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 448.1K tontonan, 13.6K tanda suka dan 1.9K perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: