HomeEntertainment Gelagat Anjing Tolong Buka Pintu Untuk Cik Meow Siap Tarik Masuk...

[VIDEO] Gelagat Anjing Tolong Buka Pintu Untuk Cik Meow Siap Tarik Masuk Buat Ramai Cair

Cover image via @traveler9314 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Namun, itu sebenarnya adalah mitos semata-mata kerana bukan semua anjing dan kucing bersifat begitu.

Ada juga yang berkawan baik dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Sebagai contoh hubungan baik anjing dan kucing yang tular di dalam sebuah video ini telah mencairkan hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @traveler9314, kelihatan dua ekor anjing bersama seekor kucing itu berada di luar pintu untuk masuk ke dalam.

Apa yang membuatkan ramai terhibur dan cair adalah apabila tindakan pintar anjing berjaya masuk ke dalam pintu itu lalu membuka pintu untuk si kucing yang tertinggal di belakang.

Lebih melucukan, anjing itu juga siap menarik kucing tersebut masuk ke dalam seolah-olah tidak sampai hati meninggalkannya di belakang.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan bijak anjing itu. Mereka juga tidak menafikan gelagat haiwan-haiwan tersebut sangat comel.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in:

Must Read

Related News