@bitarawrrr (TikTok)
& Berita Harian
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap tahun, kita pasti tidak akan terlepas untuk membuat persiapan raya seperti membeli baju raya. Iyalah, mana lengkap pagi raya kalau tidak ada OOTD bersama baju raya yang cantik bukan?
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila baju raya yang dicuba seorang gadis nampak seperti baju pesakit di wad hospital telah menghiburkan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh @bitarawrrr, kelihatan dia sedang mencuba baju raya dalam fitting room di sebuah kedai baju.
Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah baju raya berwarna hijau yang dicubanya itu memang nampak seakan-akan baju yang dipakai pesakit di wad hospital.
Susulan tularnya video itu yang kini mendapat sehingga 834.4K tontonan, 61.6K tanda suka dan 1.1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat baju raya yang seakan-akan baju hospital tersebut.
Malah, ada juga netizen yang berseloroh bahawa gadis tersebut lari dari hospital.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: