[VIDEO] Gadis Tengah Goreng Ikan Dapat Cicak Percuma Ini Buat Ramai Terbeliak Mata

0
291
Cover image via
@sue_ramly (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kadangkala kalau malas nak masak, kita goreng ikan yang disalutkan dengan kunyit makan bersama nasi putih panas-panas pun dah sedap.

Namun begitu, perkara malang terjadi kepada gadis ini apabila sesuatu yang tak diingini terjadi semasa dia menggoreng ikan sehingga videonya itu telah tular di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sue_ramly

Ya Allah terkejut beruk aku nk g angkt ikan tengok2 ada cicak. Dari mane datangnya sicicak kobeng ni #fffyyypppp #imaddictedto

bunyi asal – sueramly – sueramly

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang menggoreng ikan di dapur rumahnya untuk dimakan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kualinya tiba-tiba didatangi seekor cicak. Cicak itu dilihat terjatuh ke dalam kuali yang berisi minyak panas.

“Ya Allah terkejut beruk aku nak pergi angkat ikan tengok-tengok ada cicak. Dari mana datangnya si cicak kobeng ni”, katanya.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 499K tontonan, 53K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read: