Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kereta boleh memuatkan barangan yang lebih besar dan berat jika dibandingkan dengan kenderaan seperti motosikal.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok apabila seorang gadis dilihat menyeret bagasi sambil menaiki motor telah menarik perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang gadis sedang menunggang motosikal ke lapangan terbang pada waktu pagi.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila salah seorang gadis yang membonceng motosikal itu dilihat terpaksa menyeret bagasi kerana tiada ruangan untuk dia pegang bagasi itu. Bagasi itu dilihat ketinggalan dibelakang kerana motosikal yang dibawa sangat laju.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 528K tontonan, 76K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur. Malah, mereka turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


