HomeEntertainment Excited Panggil BFF Sampai Satu Stesen Bas Dengar, Sekali Rupanya Tersalah...

[VIDEO] Excited Panggil BFF Sampai Satu Stesen Bas Dengar, Sekali Rupanya Tersalah Orang

Cover image via @fathimahtikiti (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah pastinya, setiap kali berjumpa dengan kawan baik yang sudah lama tidak bersua, mesti kita akan rasa teruja.

Kadangkala, kita sendiri tidak sedar keadaan sekeliling apabila terjerit dengan kuat sebaik saja ternampak kawan baik kerana terlalu rindukan mereka.

Berbeza pula dengan sebuah video di TikTok ini apabila seorang pemuda tersalah panggil kawan baiknya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fathimahtikiti Excited & Rindu punya pasal kat kawan. Ku sangka kan si bag merah rupanya bukan #fyp #fyp #longdistancerelationship #bff #love original sound – user6659853451807 – Fathimoi

Menerusi perkongsian video daripada @fathimahtikiti, kelihatan pemuda itu sedang berada di dalam bas sementara menunggu kawan baiknya di stesen bas itu.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia ternampak seorang gadis mirip kawan baiknya yang membawa bagasi berwarna merah dari jauh dan bertindak untuk menjerit namanya.

“Emy! Emy Jamilah! Dia pakai earphone kot. Emy Jamilah!” jeritnya.

Lebih melucukan, rupa-rupanya itu bukan Emy Jamilah yang sebenar. Kawan baiknya muncul dari arah lain dan membuatkan dia tergelak kerana tersalah panggil orang.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 256.9K views, 37K likes dan 381 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat pemuda itu yang terlebih confident memanggil kawannya sehingga satu stesen bas dengar.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in:

Must Read

Related News