[VIDEO] Dua Budak Lawan Taekwondo, Tapi Sampai Kesudah Melompat Ini Curi Tumpuan

0
311
Cover image via
@kemaman_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ada yang menghantar mereka ke kelas ballet, kelas menunggang kuda, kelas martial arts dan banyak lagi. Perkara itu adalah supaya anak-anak mendapat ilmu dan pengetahuan dari bermacam-macam bidang dan bukan pembelajaran dalam kelas saja.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan dua orang budak kecil bertanding perlawanan Taekwondo tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang budak lelaki sedang menyertai pertandingan Taekwondo di sebuah stadium.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebaik saja pertandingan itu bermula, sepatutnya mereka perlu lompat dan berlawan. Namun, kedua-dua budak itu hanya mampu melompat saja tanpa memukul dan menyepak.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 86K tanda suka dan 7K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: