Shahiran Amin Channel (YouTube)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Menerusi video berkenaan, dia yang dilihat sedang mengajar secara dalam talian bertanyakan soalan kepada pelajar dan kemudiannya seorang pelajar menjawab.
Namun jawapan yang diberikan itu tidak tepat sehinggalah pensyarah tersebut bertanya kepada pelajar itu apa yang digunakannya.
Pelajar tersebut menjawab yang dia tidak memiliki laptop lalu mengundang pertanyaan kasar tentang keberadaan ibu, ayah dan juga adik beradik pelajar tersebut.
Pelajar lelaki yang berasal dari Seremban itu menjawab pertanyaan tersebut satu persatu menyatakan yang ibunya sudah tiada manakala ayahnya pula tidak bekerja dan dia ada adik beradik lain.
Tonton video penuh viral berkenaan di bawah:
“Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas pergi jual gelang emas, pergi beli komputer. Sebab itu kau tidak boleh belajar dengan baik sebab engkau tidak ada komputer.
“Lepas ni akan ajar engkau excel, pasal itu engkau akan jadi drop out student. Semester lima engkau tak ada komputer. Aku sanggup aku takde pakaian, aku ada lima helai sahaja pakaian, the most important the computer is very-very important.
“Hanya RM800 sahaja beli komputer, apa masalah kau. Pasal itu aku tak boleh duduk orang dengan B40. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran,” ucap pensyarah tersebut sebelum menyuruh seluruh kelas menutup fungsi kamera.
Lebih menjadikan isu ini hangat kerana dia merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi pendidikan yang diwujudkan bagi membantu para pelajar bumiputera yang datang dari latar belakang kurang berkemampuan.
Sehingga kini tiada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pensyarah berkenaan atau pihak universiti. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan menemui penyelesaian yang positif.