@tilaivgrapevelvet (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Di samping kegembiraan melihat haiwan-haiwan di situ, kita juga dapat membina hubungan sambil berinteraksi dengan mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai gelagat comel seorang gadis yang cuba untuk berkawan dengan ostrich di sebuah mini zoo telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu dibawah:
Menerusi video yang tular itu, kelihatan seorang gadis melihat pemandangan malam bersama-sama dengan seekor ostrich seperti mereka sudah kenal lama.
Apa yang lucu di sini adalah apabila haiwantersebut bertindak melarikan diri, boleh pula gadis itu tanpa rasa malu mengejarnya kembali.
Hal ini menunjukkan gadis itu bersungguh-sungguh ingin berkawan dengan ostrich tersebut sehingga mengikutinya ke mana sahaja.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M tontonan, 183.8K tanda suka dan 847 komen.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat gadis itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: