[VIDEO] “Dah Bayar RM12K” – Gadis Terkejut Tengok Rangka Kereta Habis Dikerjakan Mekanik

0
211

Cover image via
@ain_jeman (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ada yang sanggup menyimpan duit bertahun-tahun demi memiliki kenderaan milik sendiri. Mesti sayang kan, tambahan lagi jika ia merupakan kereta pertama.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi kisah sedihnya selepas menghantar keretanya di salah sebuah bengkel telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ain_jeman

Sedih lagi banyak dari marah banyak kenangan dengan kereta ni orang jb tolong ainnn pleasee ##viralvideo ##fyp ##fypage

Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menerusi video tersebut, seorang gadis menceritakan momen sedihnya selepas dia menjumpainya keretanya. Difahamkan, pada awalnya dia menghantar keretanya di salah sebuah bengkel yang tidak dikenal pasti.

Namun, setiap kali dia memberitahu mekanik tersebut untuk datang dan lihat keretanya, mekanik itu memberikan pelbagai alasan seperti menghalangnya untuk datang ke situ.

Dia kemudian bernekad dan mengajak rakan-rakannya untuk pergi ke bengkel tersebut dan terkejut melihat keretanya habis tinggal rangka dikerjakan mekanik tidak bertangggungjawab itu.

Lihat video penuh penjelasan itu di bawah:

@ain_jeman

Reply to @zaharulnizam1 yang tanya pasal bengkel tu.. nanti saya pergi lagi bengkel orang tu tunjuk jalan ke bengkel tu ##fypage ##fyp ##tolongbantu

original sound –

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai kejadian yang menimpa gadis itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 708.9K views, 34.8K likes dan 3,488 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: