HomeEntertainment "Dah Bagi Signal Awal" - Ramai Kecam Tindakan Rider Ini Tendang...

[VIDEO] “Dah Bagi Signal Awal” – Ramai Kecam Tindakan Rider Ini Tendang Side Mirror Myvi

Cover image via
Hua Adnani (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jadi, tidak hairanlah kalau Myvi ini memang digelar ‘King of the road’ kerana aksi-aksinya ketika di atas jalan raya. Malah, bukan semua kereta boleh melakukan sebagaimana Myvi melakukannya.

Walau bagaimanapun, tular di Facebook baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal menendang cermin sisi sebuah kereta Myvi di lokasi kejadian yang tidak diketahui.

Rakaman 8 saat itu menunjukkan kereta Myvi tersebut tidak melakukan kesalahan yang mana dia memberikan signal lebih awal dan menukar lorong kanan secara perlahan bukannya bertindak melulu.

Namun, tindakan penunggang motosikal yang datang dari belakang secara laju membunyikan hon seolah memberi amaran agar memberi laluan kepada mereka dan salah seorang penunggang tersebut bertindak di luar batas.

Tonton video penuh tersebut di bawah:

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut.

Malah, ada yang mempersoalkan mengapa kebanyakan penunggang motosikal tetap menunggang motosikal secara melulu walaupun ketika jalan sibuk.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

You may be interested in:

Must Read

Related News