[VIDEO] “Daging Terbang” – Sibuk Nak Ikut Trend, Sekali Lain Pula Jadinya

0
259
Cover image via
@amirmochi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Antara trend yang hangat pada masa kini adalah menggulung kepingan daging pada chopstick lalu merendamkannya sebentar di dalam sup yang panas. Perkara ini sering dilakukan di satu restoran Jepun yang terkenal.

Terdapat banyak gaya dan cara warganet dalam melakukan aksi gulungan daging tersebut, tetapi kebanyakannya gagal. Ada yang jatuh melekat di lantai, melekat di dinding dan sebagainya.

Perkara yang lebih kurang sama turut berlaku kepada seorang warganet di dalam satu video yang tular di TikTok baru-baru ini.

Lihat video penuh di bawah:

@amirmuzam

kalau video ni sampai fyp abang.. saya minta maaf ya

if u use this ur a W –

Menerusi video pendek yang dimuat naik oleh @amirmochi, kelihatan seorang lelaki sedang mencuba untuk membuat gulungan daging menggunakan penyepit.

Namun, apa yang berlaku kemudian telah mengundang tawa warganet di mana daging yang digulung itu tercampak dan melekat di lengan pelanggan di meja sebelah.

Apa yang lebih mencuit hati adalah reaksi lelaki tersebut yang pada awalnya kelihatan sangat confident, terus bertukar wajah setelah kejadian itu berlaku.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 5.9M tontonan, 1M tanda suka serta 14.5K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi lelaki itu yang kelihatan malu selepas mendapati daging itu melekat di lengan pelanggan meja sebelah.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: