@qyrahisham (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mereka yang berusia kecil dan tidak tahu apa apa itu memang banyak gelagat comel yang dapat dilihat. Sehinggakan kadangkala ibu bapa merasa geram dengan perangai mereka yang panjang akal.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang budak sengaja meletakkan jari di dalam mainannya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang bermain dengan mainannya di ruang tamu. Gelagatnya itu dirakam oleh ibunya.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila si kecil itu kelihatan clueless sambil meletakkan jarinya ke dalam mulut mainan itu.Tidak lama kemudian, dia dilihat menangis ketakutan kerana mulut patung mainan itu tertutup seolah-olah sedang menggigit jarinya.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 300K tontonan, 32K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil yang comel itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: