[VIDEO] Cikgu Pening Lihat Anak Murid Nak Pakai Tudung Sendiri, Hasilnya Pula Menghiburkan

0
211
Cover image via
@nuratikahshah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tambahan lagi jika anak murid itu agak sedikit nakal berbanding yang lain. Memang kadangkala pening kepala dibuatnya, tetapi merekalah penghibur hati buat guru-guru.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila gelagat seorang budak perempuan di sekolah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang juga seorang guru sedang berada di tadika yang diajarnya.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia menunjukkan gelagat salah seorang anak muridnya yang tidak mahu dibetulkan tudung yang dipakainya.

Apa yang lebih melucukan adalah tudung kanak-kanak itu dilihat senget benget, tetapi dia tidak menghiraukannya kerana dia mahu memakainya sendiri.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 511.2K views, 42.8K likes dan 2,051 comments di TikTok.

via GIPHY

More stories to read: