Cover image via
@queeniejasia (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebanyakan orang Muslim gemar memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan. Manakala orang bukan Muslim sukakan anjing untuk dijadikan haiwan peliharaan di dalam rumah. Iyalah, haiwan peliharaan telah menjadi sebahagian daripada keluarga kita.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seekor anjing dilihat seperti menyelamatkan seorang budak perempuan daripada jatuh tergolek itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang wanita sedang mengejar anjing mereka yang berlari ke arah seorang budak perempuan di sebuah taman.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anijng itu dilihat menyerbu dan memeluk budak perempuan yang sedang menggulingkan badan seakan-akan seperti jatuh tergolek.
Kemudian, dua orang wanita yang merupakan tuan kepada haiwan itu dilihat segera mengambil anjingnya yang terlepas itu.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 1.5M tontonan, 104K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu.
Malah, ramai yang terharu apabila netizen bukan Muslim sangat prihatin kepada keadaan budak perempuan itu. Mereka siap menasihati orang bukan Muslim yang ingin membawa anjing ke luar supaya dipakaikan tali.
Komen netizen daripada kaum Muslim juga sangat baik dengan mengatakan perkara itu boleh disertu dan disamak kerana Islam itu mudah.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: