HomeEntertainment Buat Content Prank 'Acah' Nak Tampar Orang Awam, Polis Buru Youtuber...

[VIDEO] Buat Content Prank ‘Acah’ Nak Tampar Orang Awam, Polis Buru Youtuber Viral Ini

Cover image via
@juice.my (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pelbagai cara yang mereka lakukan demi nak viral dengan mudah dan cepat dikenali orang ramai. Namun, bukan semua content sesuai ditayangkan kepada umum. Kadangkala, ia boleh mendatangkan trauma kepada sesetengah orang.

Seperti baru-baru ini, seorang Youtuber membuat content ala barat konon mencuba untuk menampar orang awam telah mengundang kecaman netizen di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @juice.my, kelihatan rakaman itu memaparkan seorang Youtuber yang dikenali sebagai Mizan Majid sedang membuat content konon ingin menampar orang awam.

Namun, videonya itu mendapat kecaman netizen kerana ramai berpendapat content seperti itu tidak sesuai dilakukan di Malaysia kerana cara penerimaan orang kita dan barat adalah sangat berbeza.

Malah, ada yang trauma sehingga dua orang gadis dilihat berlari ketakutan akibat takut disergah secara tiba-tiba begitu di dalam shopping mall.

Lebih heboh lagi, polis juga mengesan Youtuber tersebut dan mencarinya untuk mengenakan tindakan lanjut. Namun begitu, Mizan Majid telah tampil memohon maaf secara terbuka melalui video di YouTube channelnya.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mendapat 241K tontonan, 14.8K tanda suka dan 564 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut mengecam perbuatan Youtuber itu yang dianggap menggangu sensitiviti orang awam.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News