HomeEntertainment Buat-Buat Pengsan Lepas Kena Marah Dengan Ibu, Gelagat Budak Ini Bikin...

[VIDEO] Buat-Buat Pengsan Lepas Kena Marah Dengan Ibu, Gelagat Budak Ini Bikin Dekah

Cover image via
@adilaariffin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kadangkala sampai naik pening nak melayan mereka kan? Tapi itulah penghibur hati buat ibu bapa. Memang boleh hilang rasa bosan dengan mereka.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang budak lelaki berpura-pura untuk pengsan selepas dimarahi ibunya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@adilaariffin Budak lain kena marah nangis , anak aku kena marah buat buat pengsan HAHAHAHA . #fyp #foryoupage bunyi asal – D I L A

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi telatah lucu anaknya ketika sedang berada di luar halaman rumah.

Difahamkan, dia sedang memarahi anaknya kerana melakukan perkara yang tidak disukai. Namun, apa yang menarik apabila anaknya itu sama sekali tidak menangis.

Malah, anaknya berpura-pura pengsan. Situasi itu membuatkan si ibu geli hati melihat gelagat anaknya itu dan akhirnya mendukungnya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat budak lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 272.6K views, 25.4K likes dan 953 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News